Then, bile pegi sane. CENTRE FOR FOUNDATION STUDY IIUM. Student yang pilih asasi uia, kene habiskan masa 1 tahun or 2 tahun kat cfs iium petaling jaya sebelom pegi ke main campus kat Gombak or Kuantan. Duration study, bergantung kepada result spm, test Arabic dan test English.
Bila aku dah abes buat test Arabic ngan English, result pon dikeluarkan. Ada test, mesti la ada result kan. Arabic aku, level 1, sebab aku memang tak de langsung basic arab. Tapi, English aku, level 4. Second lowest. Mase tengok result tu, rase down sangat. Sedih.
Sebabnya, kitorang *level 4* ada kelas English 16 jam seminggu. English sahaja. Tengok je jadual, memang pack sangat-sangat. Rehat kami terlalu laa sedikit. Hampir 2 minggu jugak rase down, dengan nak sesuaikan diri lagi, dengan kelas yang terlalu sedikit tuu lagi.huu. Tapi, kawan-kawan la buat aku kuat.diorang yang sporting. Waah. Kalo ada asigment yang agak sukar tu, same-same tolong laa. Thanks guys :D
Bila dah masok kelas, memang fun! Madam yang sentiasa memahami dan support kitorang. Madam English yang banyak beri support untuk kitorang. Thanks a lot madam Aimi dan madam Zilah!
Semua yang berlaku ada hikmah nya. :’)
Life di cfs sedikit sebanyak mengubah aku. Mengubah ke arah yang lebih baik daripada dulu. Erti bersyukur. Erti tanggungjawab. Erti kayakinan pada pencipta. Bergantung hanya pada YANG ESA.
Bila dah lalui kehidupan di cfs, aku terfikir yang aku sebenarnya dah cukup bartuah. Dah boleh masok u. orang lain yang tak dapat? Apa perasaan mereka? Seriously, mase tu baru aku sedar, aku seharusnya wajib bersyukur dengan apa yang aku dah dapat. Betol lah apa yang orang kata, tengok orang yang dibawah , sebab kalau kita tengok orang yang berada di atas, sampai bila-bila pon kita tak akan pernah bersyukur dan tak pernah berasa cukup dengan apa yang kita ada.
Nak cipta pelangi yang indah, perlu hujan di tengah hari. ALLAH tahu usaha yang kita buat. Second test English, karangan yang aku buat, aku memang tak yakin. Entah la, ntah pape je asenya. Mase tu, yang aku fikir, let’s bygone be bygone. Dah putus harapan.haa. tapi, satu jela yang tak pernah putus. DOA. Satu je harapan aku sekarang untuk exempted English.
Alhamdulillah. Akhirnya, semua usaha aku berbalas. Allah dah tengok usaha aku, dan itulah hasilnya.Mase tengok result tu, senyum tak putus-putus.ahha. rase happy sangat. Alhamdulillah :’)
We don’t know what God’s plans are for us..
We just know that HIS ways are not our ways, but HIS ways are always BEST..
No comments:
Post a Comment
Mak Bedah says