Tuesday, 23 September 2014

interview censerve todayyy


Salam. Hari tu ada isi borang censerve, pasal sukarelawan uia. saje isi. dan memang dah tau, harapan nak dapat, tipis sebab borang 100, dan dia hanya akan ambil 30 orang. then, semalam dapat mesej, pasal interview tu. mak aihh, tak pernah kena interview ni. kawan dapat jugak, so ada geng. hehe takpe la. bila time kena interview tu, aku kena sorang-sorang sebab kira dengan naemah sekali. dahla dua orang brothers yang interview tu. but nevermind, sempoi gilaa dyorang. aku pon rileks jela. yang tak boleh aku lupa, dia tanya pasal " andai kita bertiga naik kapal, then tetiba ade satu lubang bocor kat kapal tu. apa yang akan awak buat sebab salah seorang kena terjun untuk selamatkan kapal tu?"  aku pon cakap la dengan selambanya, semua kena terjun la, tak aci sorang je yang kena. muahaha aku takleh nak fikir cara lain dah. then dyorang gelak.kahkah. dia cakap andai la kami bertiga ni orang penting, dan dalam kapal tu ramai lagi orang lain, so ape yang akan saya buat? ohh, aku pon cakap la, lepas bincang semua dan confirm kalau salah seorang terjun, dan kapal tu selamat, aku akan terjun. tapi kalau tak selamat jugak, semua kena terjun kuakua. dyorang gelak jela. dia cakap dia suka jawapan aku. mase tu aku pon tak fikir panjang. apa yang dia tanya terus aku jawab, spontan. dah dia pon sempoi je. tapi dalam sempoi pon, dia selitkan jugak tanya mengenai pendapat aku pasal sukarelawan ni. banyak jugak la dia tanya. dan kadang tu, aku rase macam hipokrit pon ada. lalaala haha. sebab dia tanya, kita jawab jela. dan aku rase tu interview aku yang first la kot yang banyak cakap. aku pergi pon sekadar mencuba nasib dan mencari pengalaman. tak cuba tak tahu kan? dan aku berharap aku dapat la censerve tu. tapi harapan aku bukan setinggi gunung la. kalau dapat, inshaAllah aku akan komited dalam tugas yang diberi. happy tau kalau kita dapat gembirakan orang lain. bukan setakat duit je membahagiakan, tetapi pertolongan pon salah satu daripadanya. kalau tak dapat, mungkin bukan rezeki aku lagi, cuba lagi next time. hanya Allah sebaik-baik perancang. Wallahualam.